IGLinks.io Business Website Sample Image

Tips dan Cara Mudah Membina Laman Web Peribadi yang Cantik!

Diterbitkan pada Jun 8, 2021

IGLinks.io bukan sekadar pautan dalam bio semata-mata ia lebih dari yang anda sangkakan. Menerusi IGLinks.io membolehkan anda mencipta hobi peribadi, mempamerkan daya kreatif anda, membuat e-kad undangan dan membolehkan anda menulis resume anda sendiri. Terima kasih sekali lagi pada IGLinks.io kerana mewujudkan idea ini! Cuba lakukan sekarang untuk menarik perhatian ramai pada masa akan datang, terutama majikan anda, pengikut, rakan serta keluarga anda sendiri.

Di sini kami ada senaraikan beberapa idea kreatif menggunakan IGLinks.io yang membolehkan anda mencuba sendiri!


1. Bina “Resume” Atau Curriculum Vitae

Zaman sekarang, majikan tidak lagi kagum dengan membaca resume yang panjang sehingga 2-3 muka surat. Resume yang panjang bukanlah penentu anda mudah mendapat pekerjaan, cukup sekadar singkat dan padat dengan informasi sudah memadai. Kini, reka bentuk resume pintar boleh bantu dan memberi peluang untuk temuduga. Dengan menggunakan IGLinks.io ianya bukan sekadar boleh mencipta resume mesra mudah alih, menarik, ringkas dan mudah. Ianya secara tidak langsung membantu menarik perhatian pengurus dalam pengambilan pekerjaan. Anda juga boleh membuat pilihan dari segi pemilihan reka bentuk resume anda sendiri.

Apa tunggu lagi? Cuba IGLinks.io harini juga. Anda boleh lihat contoh resume di sini.

IGLinks.io Business Website Sample Image

2. Kad Undangan Elektronik

Ingin raikan sambutan hari jadi, perkahwinan, majlis ulangtahun ataupun majlis masuk rumah baru? Lakukan sahaja tanpa penggunaan kertas, sokong kempen “go green”, jimat kos dan masa dengan menghantar undangan melalui aplikasi WhatsApp ataupun emel. Dengan menggunakan IGLinks.io, anda boleh membuat kad undangan elektronik mengikut citarasa anda sendiri dan boleh terus kongsikannya kepada rakan-rakan dan juga keluarga terdekat. Anda boleh menambah pautan “RSVP” bagi memudahkan tetamu mengesahkan kehadiran mereka sendiri. Boleh lihat contoh kad undangan elektronik di sini.

IGLinks.io Business Website Sample Image

3. Bina Blog Peribadi

Anda sedang mencari mudah untuk memulakan blog anda sendiri? Ingin berkongsi minat, hobi, pandangan, log perjalanan anda dengan komuniti lain? Apa susah, guna sahaja IGLinks.io. Ia merupakan penyelesaian terbaik untuk anda pada abad ini. Dengan menggunakan IGLinks.io anda boleh berkongsi apa sahaja termasuklah merakan perjalanan peribadi anda sendiri dan secara tidak langsung boleh dikongsi terus kepada rakan dan orang tersayang dengan mudah. Jika anda nak tahu, IGLinks.io juga merupakan sistem mesra mudah alih.

Apa tunggu lagi, mula bina blog anda sendiri dengan IGLinks.io sekarang. Boleh lihat contoh di sini.

IGLinks.io Business Website Sample Image

4. Portfolio Artis

Tidak dapat disangkal, sepanjang tempoh PKP ramai mengambil kesempatan dengan meluangkan masa melakukan hobi yang mereka minat dan juga belajar sesuatu yang baru. Boleh dikatakan, melalui hobi yang mereka lakukan sendiri itulah yang boleh menjana pendapatan sampingan. Kalau anda minat menjahit, boleh kongsikan hasil jahitan anda di sosial media, kalau minat memasak boleh kongsikan resepi, dan banyak lagi boleh dikongsikan. Guna sahaja IGLinks.io untuk mempamerkan karya yang anda minat sendiri, sama ada dari segi reka bentuk, lakaran, karya seni, kraftangan, fotographi dan lain-lain lagi.

Selepas anda berjaya mencipta IGLinks.io anda sendiri, anda hanya perlu menyambungkan titik tersebut dalam pautan platform media sosial anda sendiri. Mudah kan? Boleh lihat contoh IGLinks.io dari segi hasil hasil karya seni, di sini.

IGLinks.io Business Website Sample Image

5. Halaman Profil Influencer

BERITA BAIK, buat KOLs/Influencers! Kini anda boleh kumpulkan semua kempen dan sokongan produk anda dalam satu pautan dan anda tidak perlu bersusah payah mengemas kini pautan tersebut setiap masa pada bio anda di Instagram mahupun Facebook. IGLinks.io merupakan kaedah terbaik untuk keperluan kempen anda sendiri, mewarwarkan, sekaligus mendorong trafik ke arah produk sekaligus membantu jenama tingkatkan jualan. Cuba lakukan sekarang, sudah pasti ramai pengikut dan bakal pelanggan anda sendiri kagum melihat profil anda menggunakan IGLinks.io yang tengah trending sekarang. Dengan analitis, anda juga boleh teroka butiran dengan lebih dalam termasuklah penglibatan setiap kempen. Jangan tunggu lagi, mula cipta IGLinks.io anda sekarang. Boleh lihat contoh IGLinks.io KOL, di sini.

IGLinks.io Business Website Sample Image