IGLinks.io Four Must Reads To Be A Successful Content Creator Image 1

4 Bacaan yang Patut Dibaca untuk Menjadi Seorang Content Creator yang Berjaya

Diterbitkan pada 15 Juni 2022

Tahukah anda Kuala Lumpur telah dinobatkan sebagai UNESCO World Book Capital 2020? Saya rasa sangat berbangga bilamana negara kami tidak ketinggalan mengambil inisiatif ini untuk menggalakkan rakyat negara kita terus belajar. Namun, apabila saya berbual dengan orang muda zaman sekarang, boleh dikatakan tak ramai yang mampu menghabiskan bahan bacaan dalam tempoh 6 bulan.

Sekarang kita banyak pilihan platform untuk belajar sehingga menyebabkan buku mungkin kehilangan daya tarikan. Zaman IT sekarang terlalu banyak alternatif untuk belajar, ada yang cenderung belajar dengan menonton YouTube, ada setengah orang lebih suka membaca menerusi dalam talian, tambah sekarang ada kemudahan e-book. Walau apa jua pilihan anda, saya galakkan anda untuk teruskan belajar.

Membina SushiVid.com dan IGLinks.io merupakan perjalanan yang gila bagi saya. Ada yang berkata untuk membinanya ibarat memerlukan sebuah kampung untuk membesarkan anak-anak, bila diingatkan semula saya merasakan perkara yang sama tentang platform dan industri yang saya ceburi. Kalau diputarbalik masa, enam tahun lalu, hanya sebilangan syarikat startup sahaja yang melakukan apa yang kami lakukan. Namun, pada hari ini, terdapat beratus-ratus orang ibarat cendawan tubuh membina empayar tetapi saya tidak mendapati industri berubah secara besar-besaran. Bagi memastikan kesuluruhan industri berkembang maju secara menyeluruh, kita semua harus memperbaiki diri kita sendiri dan mengikut permainan kita. Justeru, saya ingin berkongsi dengan anda semua perkara yang wajib anda baca untuk menjadi pencipta kandungan yang berjaya. Dengan harapan kita semua dapat meningkatkan kemahiran kita ke arah yang lebih baik.

Sini saya kongsikan bahan bacaan yang kerap saya baca untuk rujukan anda semua:


CADANGAN 1: Bagaimana cara untuk menulis blog oleh Hubspot - sini
IGLinks.io Four Must Reads To Be A Successful Content Creator Image 2

Saya tahu, anda mesti fikir menulis blog merupakan salah satu kaedah lapuk dan sangat 1995, adakah anda terfikir kenapa saya cadangkan menulis artikel pada anda semua? Ini kerana artikel itu memainkan peranan penting ditambah pula banyak maklumat asas tentang cara mencipta kandungan yang baik dan secara tidak langsung ingin diketahui oleh khayalak sasaran anda. Ia mengajar anda cara mencari info menerusi carian Google, cara membuat garis besar (penting untuk membuat kapsyen Instagram anda), cara membina tajuk kandungan, cara menulis intro yang hebat (untuk coretan di Facebook), dan sebagainya. Asas kandungan yang baik tidak akan berubah, jadi sebelum ada mengabaikan perkongsian saya ini, baca artikel terlebih dahulu!


CADANGAN 2: Bagaimana untuk menulis cadangan yang kreatif oleh SushiVid - sini
IGLinks.io Four Must Reads To Be A Successful Content Creator Image 3

Jangan ambil kata-kata kami untuk itu, terdapat sebilangan content creator kami yang telah selesai membaca artikel ini dan tidak ketinggalan turut meninggalkan komen mengucapkan terima kasih tak terhingga kepada kami atas perkongsian artikel ini. Kami turut menyedari rata-rata content creator adalah terdiri daripada golongan pencipta muda dan merangkap sebagai seorang bank idea yang berjalan kaki, ramai orang korporat atau pemasaran memerlukannya khidmatnya ditulis dalam format cadangan, pendek cerita seperti rancangan perniagaan. Sama ada kita suka ataupun tidak, kita perlu menyesuaikan diri dengan cara mereka bekerja. Ia adalah sangat penting untuk menstrukturkan cadangan anda dengan betul walaupun pada awalnya mungkin sukar. Justeru, saya cadangkan anda lihat sendiri artikel tersebut dan ia akan memberikan anda gambaran keseluruhan yang baik tentang apa yang mereka harapkan.


CADANGAN 3: The Freelancer’s Bible oleh Sara Horowitz - sini
IGLinks.io Four Must Reads To Be A Successful Content Creator Image 4

Penafian awal, buku ini ditulis khas untuk pekerja bebas di AS, jadi terdapat beberapa maklumat, pautan ke tapak web atau rujukan mungkin tidak berkaitan dengan kita namun ada juga intipatinya yang masih sama untuk kita jadikan rujukan.

Majoriti content creator mencipta kandungan sebagai kerja sepenuh masa. Pada dasarnya mereka adalah pekerja bebas, namun mereka tidak mengetahuinya. Segelintir daripada anda mungkin mempunyai Sdn Bhd (Pte Ltd), sesetengah daripada anda mungkin hanya mempunyai Milikan Tunggal, dan sebahagian daripada anda hanya menjadi sayapnya. Terutama pencipta kandungan yang lebih muda yang saya kenali juga mungkin memilih pengurus untuk membantu mengurus bahagian pentadbiran mereka, dan itu juga salah satu pilihannya. Tidak kira bagaimana anda ingin menjalankan kerja gig anda, buku ini sangat membantu dan bagus untuk melengkapkan anda tentang semua bahagian pentadbiran dalam menguruskan kehidupan anda sebagai seorang pekerja bebas.

Kepada semua pencipta kandungan Malaysia, jika anda masih belum memfailkan cukai anda, sila lakukan segera - anda boleh merujuk artikel ini juga untuk makluman lanjut - sini.

CADANGAN 4: Hacking Communities - sini
IGLinks.io Four Must Reads To Be A Successful Content Creator Image 5

Pengikut anda adalah komuniti anda. Pernah tak anda terfikir bagaimanakah anda ingin meningkatkan pengikut anda secara bermakna? Bagaimana anda ingin memberi nilai kepada mereka dan membuat mereka mahu mengikuti anda? Atau senang cerita, bagaimana anda ingin mencari makna dalam apa yang anda lakukan atau kongsikan? Secara peribadi, saya mengenali Lais (pengarang) dan saya secara peribadi boleh membuktikan fakta bahawa dia melakukan kerja yang luar biasa bagi membina komuniti. Seorang gadis Amerika Latin datang ke Malaysia dan meninggalkan kesan yang berkekalan di komuniti syarikat permulaan. Jika dia boleh, anda pasti boleh. Anda sudah mempunyai beribu-ribu pengikut! Justeru, baca buku ini supaya mudah-mudahan, anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang perjalanan anda sebagai pencipta kandungan.