IGLinks.io Never Stop Learning as an Entrepreneur Image

Sebagai Seorang Ushawan, Jangan Pernah Berhenti Belajar

Diterbitkan pada 8 Juni 2022

Baru-baru ini, saya memutuskan untuk menghadiri Persidangan Global Startup Grind 2022 di Redwood City, California. Sungguhpun IGLinks.io masih baru dalam dunia digital, saya juga merupakan pengasas buat platform lain iaitu SushiVid.com sepanjang tempoh enam tahun hinggah ke harini. Sebahagian hati saya berasa tidak sepatutnya saya membuang masa dengan menghadiri acara sebegini, sebaliknya saya harus menumpukan lebih banyak acara yang fokus pada pemasaran (memandangkan kami dari syarikat pemasaran influencer) atau fokus pada acara yang boleh memperoleh lebih banyak daya tarikan untuk perniagaan saya. Jadi apabila saya memutuskan untuk menghadiri persidangan Startup Grind, saya berasa tidak adil kalau saya guna dana pelabur untuk menampung kos bayaran ke sana. Justerus, saya membayarnya sendiri, dan mengambil cuti untuk menghadiri persidangan tersebut. Anggap sahaja seperti hari meditasi. Pada saya, menghadiri acara persidangan permulaan adalah hari rehat dari kerja harian saya. Dimana, hari tersebut adalah hari untuk saya mendengar pengasas lain berkongsi berkenaan perjalanan mereka, dan mungkin juga dapat melihat beberapa perspektif atau idea menarik yang boleh saya pelajari serta berinovasi untuk perniagaan saya.

Saya pergi ke acara ini dengan fikiran terbuka (seterbuka yang saya boleh) tetapi sudah tentu dengan beberapa matlamat yang ditulis. Saya pergi ke acara ini dengan berlapang dada dan fikiran terbuka, tetapi sudah tentu dengan beberapa matlamat yang telah dicatat. Manusia yang didorong berdasarkan matlamat. Pertama sekali, saya ingin melihat beberapa idea kreatif dan belajar seberapa banyak yang saya boleh, selagi boleh gali kasi gali ilmu yang ada. Tanpa saya sedari saya telah berehat selama dua hari. Agak sukar kerana setiap idea dirasakan seperti idea yang baik untuk dilaksanakan dalam perniagaan saya. Sukar untuk tidak cuba mengaitkannya atau memikirkan perjalanan saya semasa saya berada di sana. Akhirnya, saya ingin mengambil semua, memuntahkan dan menganalisisnya dan menulis semula beberapa matlamat saya untuk perjalanan keusahawanan saya. Penceramah pada acara tersebut sangat hebat! Jauh lebih baik daripada acara Tech Crunch Peringkat Awal yang saya hadiri pada hari berikutnya. Pengasas Opensea, Figma, dan LaunchDarkly adalah beberapa penceramah kegemaran saya untuk acara itu. Sini, saya kongsikan beberapa perkara penting yang saya pelajari daripada acara tersebut. Antaranya ialah;


1. Berkomunikasi dengan Pelanggan Anda

Saya sedar dimana saya sendiri telah lama berhenti berkomunikasi dengan pelanggan kami. Saya juga telah lama berhenti melepak dengan mereka sambil mengajak keluar untuk minum kopi. Saya banyak bergantung pada pasukan saya untuk melakukan perkara tersebut disebabkan saya terlalu sibuk dan tidak mempunyai masa untuk melakukannya. Jelas sekali ini juga merupakan salah satu kelemahan terbesar pada kami. Banyak perkara telah berubah dalam ruang sekarang tetapi saya sendiri masih tidak selaras dengan pasaran sedia ada, dan itu sangat menakutkan pada saya. Meskipun begitu, ia memberi peringatan yang baik untuk saya memulakan semula perbualan dengan pelanggan kami.


2. Jangan Lihat Pesaing Anda

Saya ada terbaca analogi yang dihasilkan oleh Edith Harbaugh dari LaunchDarkly.com dimana beliau menyatakan jika anda seorang pendayung yang berdaya saing, anda tahu bahawa anda harus pandang terus ke hadapan dan fokus pada perlumbaan anda. Jika anda melihat ke belakang, kiri mahupun kanan, maka anda tidak akan mendayung lurus dan sebaliknya anda akan kehilangan beberapa inci pada setiap langkah anda. Jadi jangan berhenti dan fokus pada perjalanan anda. Jangan rasa terganggu atau sibuk melihat pesaing anda. Baru-baru ini saya kebali pada acara tersebut untuk menghadapi persaing yang saya sendiri tidak jangkakan, namun saya berasa sangat bersyukur apabila dapat mendengar mesej ini tepat pada masanya untuk saya menghadapi halangan ini dalam perjalanan keusahawanan saya sendiri.


3. Bangkit Kembali disaat menghadapi kegagalan

Untuk mengatakan bahawa saya tidak menyesal dalam perjalanan ini adalah satu pembohongan akan tetapi untuk memenangi perlumbaan ini, sudah tiba masanya untuk saya tingalkan bagasi tersebut dan bangkit semula serta-merta dengan azam yang baru. Kita semua akui bahawa akan ada saat-saat belajar, dan tidak terkecuali saat-saat kegagalan, tetapi paling penting sekali ialah bangkit semula. Jika anda terus berdiam diri dalam apa-apa perkara yang negatif ianya hanya akan membuatkan diri anda kecewa secara rohani, masa dan tenaga anda sendiri.

IGLinks.io Never Stop Learning as an Entrepreneur Image 2
4. Dapatkan Tidur atau Rehat yang Mencukupi

Jika anda mendengar mana-mana penceramah motivasi yang menyatakan tidur adalah untuk mereka yang lemah, itu adalah MITOS. Jika anda ingin tahu, perjalanan permulaan kami adalah marathon dan bukan untuk memecut. Kurang tidur yang berpanjangan membolehkan kemudaratan pada kesihatan kita sendiri. Kita harus mengelakkan perkara tersebut dan sebaiknya dapatkan tidur yang mencukupi. Saya sendiri dapati apabila saya kurang tidur, ia sedikit sebanyak memberi impak pada diri saya sendiri termasuklah mengeluarkan kata-kata kasar, sindiran dan hubungan yang merosakkan yang saya sendiri temui secara langsung.


5. Never Settle

Saya mendapati baru-baru ini pasukan saya dan saya sendiri telah mula berbangga bahawa kami adalah syarikat yang telah berusia 7 tahun dan walaupun ia baik untuk kredibiliti ia tidak baik untuk dibudayakan. Sejurus sahaja kita mula berfikir bahawa kita tidak mudah dikalahkan oleh persaing atau kita sendiri mempunyai cara & SOP yang telah ditetapkan, kemungkinan besar kita sendiri akan berhenti mencipta semula diri kita sendiri. Jadi, kita seharusnya perlu kekal merendah diri dan terus mencipta perubahan. Kita tidak boleh berpuas hati mahupun berasa selesa dengan apa yang kita kecapi sekarang. Kita perlu kekalkan sikap yang sedia ada pada hari pertama.

Saya akui, mungkin perkongsian kali ini terdengar sangat biasa, dan mungkin anda berharap saya akan berkongsi lebih banyak info tentang metaverse dan seterusnya, tetapi apa yang saya perolehi daripada menhadiri acara tersebut adalah peringatan yang paling asas sebagai titik permulaan perjalanan bagi seorang usahawan. Pada titik yang berbeza dalam perjalanan kami, kami akan memperoleh nilai yang sangat berbeza daripada peristiwa dan saya tidak membayangkan acara itu akan memberi saya jenis nilai ini tetapi bagaimanapun, saya fikir ia adalah perkara yang benar-benar perlu saya dengar dan terapkan pada diri saya sendiri. Ia ternyata merupakan salah satu keputusan terbaik yang saya buat pada tahun 2022. Saya kini kembali ke Malaysia dan bersedia untuk terus berjuang! Apa-apa pun, terima kasih, Startup Grind.