IGLinks.io How To Effectively Work With Influencers That Are Good For Your Business Image

Cara Efektif Bekerjasama dengan Influencers Dapat Bantu Perniagaan Anda

Diterbitkan pada 1 Jun, 2022

Influencers ditakrifkan sebagai seseorang individu yang mempunyai pengikut melebihi 3,000 di mana-mana platform sosial media, baik di YouTube, Twitch, Facebook, Instagram mahupun TikTok. Terdapat beberapa peringkat kategori Influencers, ia bermula dengan peringkat kategori yang paling kecil sekali dipanggil sebagai Seeders, diikuti dengan peringkat Micro, Mid-tier, Macro dan juga Alpha influencers.

Work Effectively with Influencers - KOL Table

Pemasaran influencer merupakan kaedah paling pantas untuk mencipta kewujudan anda di sosial media mahupun menerusi atas talian. Sekarang anda tidak perlu lagi bersusah payah untuk membina website ataupun meminta seseorang untuk membuat iklan untuk anda. Anda tiada banyak masa untuk membina trafik kerana pemasaran influencer telah datang bersama trafik. Bagai pucuk dicita ulam mendatang. Pantas!

Bagaimana Ingin Menjalinkan Kerjasama dengan Influencer Marketing?

Cara paling mudah dan pantas untuk menjalin kerjasama dengan Influencers adalah melalui agensi influencer. Ia sangat membantu, terutama bagi orang bisnes yang tiada pasukan pemasaran sosial media yang berdedikasi. Kadang-kadang berbaloi juga apabila, mengupah orang luar. Kami juga tidak terkecuali, turut menggunakan khidmat orang luar terutama untuk Google Ads. Pada mereka yang mempunyai kepakaran dalam Google Ads, mereka memerlukan daya kreativiti yang tinggi, sentiasa konsisten untuk melakukan eksperimen dengan pelbagai syarikat serta kemaskini kemahiran yang dia ada secara konsisten. Ianya lebih baik dan menjimatkan sekiranya anda mengupah orang luar untuk melakukannya jika anda tidak kerap mengubah algoritma ataupun penawaran produk anda. Konsepnya sama sahaja, jika anda ingin mengupah seseorang dalam rumah, sudah semestinya orang tersebut hanya bekerja dengan syarikat anda dan sama sekali tidak akan terdedah kepada banyak percubaan seperti mana mereka cuba lakukan di agensi yang akan telah menelan kos yang banyak dalam dolar untuk pengiklanan. Perkara yang sama berlaku dalam pemasaran influencer.

Terdapat beberapa jenis penglibatan sekiranya anda menjalinkan kerjasama dengan syarikat agensi, sama ada mereka akan jadi tunjang utama untuk melakukan idea kempen untuk anda, ataupun mereka hanya menolong anda berhubung dengan para influencers (anda melakukan idea kempen sendiri). Sekiranya, anda mempunyai pasukan pemasaran dan anda ingin lebih mengawal kandungan pemasaran influencers anda sendiri, kami cadangkan anda menggunakan khidmat agensi pemasaran influencer. Dimana, mereka boleh membantu anda dalam menjalinkan penglibatan dengan para influencers dan ia jauh lebih murah berbanding agensi yang melakukan full suite. Anda juga berpeluang untuk menentukan apa keinginan anda kepada agensi samada anda ingin menggunakan perkhidmatan hujung ke hujung, ataupun perkhidmatan separuh jalan sahaja. Kebiasaannya, perkhidmatan separuh jalan sahaja membolehkan anda mendapat separuh harga dari segi yuran perkhidmatan mereka beri. Biasanya, perkhidmatan hujung ke hujung boleh menelan belanja antara 25-40% ia bergantung pada jenis kandungan juga. Sekiranya, anda menggunakan khidmat agensi hanya sekadar untuk penglibatan dengan influencers sahaja, kosnya hanya dalam lingkungan 15-25% sahaja. Banyak PENJIMATAN yang boleh anda dapat!

SEKIRANYA anda ingin melakukan penjimatan lebih banyak, cuba cari platform ekonomi gig seperti SushiVid.com dimana ia merupakan salah satu platform membolehkan anda menjalinkan kerjasama dengan influencers sendiri. Ia sememangnya bagus terutama bagi mereka yang cenderung bereksperimen dengan pemasaran influencer dan ingin melakukannya dalam skala yang kecil. Biasanya, sekiranya perbelanjaan pemasaran anda tidak melebihi RM5,000, kami cadangkan anda untuk DIY menggunakan platform. Dimana, anda sendiri berpeluang berkomunikasi dengan influencers dan secara tidak langsung anda turut berpeluang mendapatkan pelbagai idea kreatif daripada influencers sendiri. Kalau diikutkan, kempen berskala kecil seperti ini sangat bagus sebagai titik permulaan terutama sekali buat SMEs dan juga syarikat yang baru bina nama.

Work Effectively with Influencers - Comparison Table

Dari segi kawalan, jika anda ingin melibatkan diri dalam proses, dan penciptaan setiap kandungan, sebaiknya bekerjasama dengan influencers secara langsung. Kalau ikutkan logik, pada agensi, tidak masuk akal untuk mereka menyesuaikan dan membuat setiap influencer melakukan kandungan yang berbeza (mereka hanya membuat 25%-30% untuk kempen - ia masuk akal dari segi kos jika mereka melakukannya ini pada skala).

Cuba bayangkan, sekiranya ada menjalinkan kerjasama dengan agensi untuk dapatkan influencers melakukan kandungan untuk anda dan kempen terpaksa dragged sehingga 6 bulan. Pihak agensi hanya akan melakukan dengan kadar bayaran RM5,000@30% iaitu RM1,500. Kadar bayaran RM1,500 adalah berpatutan bagi kempen untuk tempoh sebulan, jika kempen berlarutan sehingga tempoh 6 bulan, berkemungkinan besar pihak agensi hanya melakukannya RM250 sebulan. Kesimpulannya, setiap komunikasi dan penyelarasan berkenaan RM250 tersebut akan menjadi lebih sukar untuk perkara mendatang.


Kenapa anda perlu guna platform seperti SushiVid berbanding hubungi terus Influencers secara langsung menerusi sosial media?

Memang benar, anda boleh jalinkan kerjasama secara langsung dengan influencers menerusi sosial media tapi perkara yang anda lakukan bergantung atas risiko anda sendiri. Dengan menggunakan platform, terdapat kewujudan pihak ke-3 yang boleh dipercayai oleh kedua-dua belah pihak. Majoriti, influencers tidak akan menyiarkan kandungan sehingga dibayar, perniagaan juga tidak akan membayar sehingga kandungan itu dibuat. Bagi mengelakkan isu ini berlaku, justeru wujudnya platform pemasaran influencers untuk sama-sama melindungi kedua-dua belah pihak dan secara tidak langsung dapat memastikan kempen diadakan berjalan lancar serta mengikut jadual.

Di samping itu, terdapat pelbagai jenama lain yang terkemuka turut pernah menjalinkan kerjasama dengan para influencers, tidak ketinggalan meninggalkan ulasan terhadap Influencers menerusi platform SushiVid.com. Anda turut boleh membaca ulasan lain seperti ulasan setiap influencers (jika ada) sebelum menjalinkan kerjasama dengan influencer tersebut. Ia sama seperti anda membaca ulasan berkenaan restoran viral yang anda ingin cuba, sebelum anda membuat keputusan untuk makan disana! Ia turut berfungsi sebagai lapisan perlindungan bagi memastikan bahawa anda mendapat yang terbaik untuk belanjawan anda.


Kenapa anda perlu menggunakan agensi?

Anda perlu menggunakan agensi sekiranya anda tidak mempunyai orang yang arif dalam bidang pemasaran 100% untuk penglibatan influencer. Hal ini kerana, untuk mendapatkan penglibatan influencers yang bagus memerlukan banyak masa dan usaha. Sebagai contoh, apabila anda menjalinkan kerjasama dengan seorang influencer, anda perlu mencari yang betul terlebih dahulu (setelah berbual dengan ramai di antara mereka), dan sebaik sahaja anda melibatkan diri dengan influencer tersebut, anda perlu merancang pula intipati bersama dengan influencer. Sebaik sahaja mereka telah menyiapkan kandungan, anda perlu meluangkan masa untuk menyemak kandungan tersebut. Malah, setelah kandungan tersebut disiarkan secara langsung, anda perlu mengumpul kesemua data termasuklah menganalisis kandungan tersebut. Anda juga perlu menyelaraskan segala pembayaran satu per satu. Boleh dikatakan semua ini memerlukan masa dan kesabaran yang tinggi, justeru jangan buang masa sekiranya ia bukan kepakaran anda. Oleh itu, serahkan kepada pakar dan berunding dengan agensi.


Berapa banyak anda perlu labur dalam pemasaran influencer?

Berdasarkan sepanjang tempoh 7 tahun dalam penglibatan influencer dan lebih 50,000 kandungan berjenama telah dicipta, kami boleh katakan permulaan yang baik adalah bermula dengan RM5,000 (sama ada produk ataupun pembayaran). Jika anda berbelanja sedikit, besar kemungkinan anda tidak berjaya mencipta impak yang maksimum untuk mewajarkan semua segala usaha anda itu. Jika anda ingin melakukan secara berperingkat, mungkin anda boleh berbelanja RM2,000 sebulan. Kami juga mengesyorkan anda supaya berbelanja tidak kurang daripada 3 bulan terhadap kempen influencer. Jika anda cuba sekali sahaja, dan RM2,000 tidak memberi apa-apa kesan, itu bermakna anda belum cukup menguji. Anda perlu cuba beberapa kali sebelum anda melihat hasilnya nanti. Ia sama seperti Google Ads, kemungkinan besar, percubaan kali pertama tidak dapat membuahkan hasil sekiranya tidak membuat dengan betul. Ia memerlukan beberapa kali percubaan dan melakukan kesilapan untuk dapatkan yang terbaik.

Secara kesimpulannya, artikel kali ini kami telah kongsikan kepada anda semua dengan cara berbeza anda boleh temui, mengupah, bekerjasama dengan influencers termasuklah permulaan belanjawan kasar yang anda boleh mulakan. Saya berharap artikel ini dapat membantu dan memberi manfaat kepada semua. Ada lebih banyak sumber lain yang anda boleh dapatkan seperti template ringkas berkenaan kempen influencer yang tersedia ada dalam talian. Boleh rujuk di sini.


*Kami telah memperoleh 20,000 influencers hal ini kerana terdapat 20,000 influencers telah berdaftar dibawah naugan kami iaitu SushiVid.com, platform yang membantu untuk menghubungkan jenama pada influencers bagi menjalankan kempen pemasaran. *SushiVid.com merupakan sebuah syarikat. SushiVid juga turut berfungsi sebagai sebuah agensi.