IGLinks.io CV Sample Image

Selamat Tinggal Pada CVs yang Panjang & Membosankan. Kini kami Ada Penyelesaian Lebih Baik!

Diterbitkan pada Mei 13, 2021

Curriculum Vitae (CV) dalam bahasa Latin - memberi maksud Kisah Perjalanan Hidup Anda. Ia merupakan salah satu dokumen asas yang diperlukan oleh seseorang dalam kerjaya mereka. Dalam CV, anda adalah watak utama yang orang nak tonton, jelas sekali kandungan dalam CV menjelaskan lebih lanjut perihal diri anda secara semula jadi, dan sudah semestinya anda ingin menggambarkan diri anda dengan cara terbaik. Seandainya, terdapat sekeping dokumen yang lebih penting dalam hidup, CV andalah salah satu daripadanya. Pendek cerita, CV adalah penentu masa depan anda sendiri. Ia boleh menjadi tiket emas untuk anda mengejar pekerjaan yang anda inginkan ataupun peluang mendapat panggilan temu duga.

Dalam CV, anda perlu menerangkan perihal diri anda secara ringkas dan padat, tunjukkan sesuatu yang menonjol daripada orang lain. Format CV anda boleh membezakan anda daripada pemohon lain dalam fikiran perekrut. Dengan mempamerkan tanggapan pertama yang baik dan bereputasi adalah perkara penting dalam mana-mana sektor pekerjaan yang anda hendak lakukan. Secara umumnya, dalam CV harus ada butiran peribadi anda, sejarah atau pengalaman pekerjaan, pencapian utama, kemahiran dan latar belakang pendidikan. Biar ringkas, padat dengan penyampaian dan kreatif. Perkara terakhir yang anda inginkan sudah semestinya mahukan perekrut atau pengurus pengambilan pekerja anda untuk membaca novel tersebut berulang kali, bukan sekadar melihat dengan sebelah mata.


Cipta CV Mudah Alih Anda yang Responsif dengan IGLinks.io

Tak dapat disangkal, zaman celik IT sekarang boleh dikatakan rata-rata perekrut dan pengurus pengambilan bekerja cenderung menggunakan platform sosial media untuk membangunkan pemahaman dan memperlihat tanggapan yang lebih baik berkenaan personaliti diri anda, melihat anda jenis orang macam mana jika berada di luar dunia profesional. Platform sosial media yang cukup popular dan terlintas di fikiran berkaitan konteks kerja sudah semestinya platofrm Linkedln, Instagram dan Facebook. Boleh dikatakan, platform sosial media memainkan peranan yang besar buat perekrut dan pengurus pengambilan pekerjaan sebelum mereka mengambil keputusan untuk mengupah orang tersebut.

Jadi kami ingin membantu menyelesaikan masalah anda dengan mewujudkan IGLinks.io, dimana ia mempunyai ciri-ciri hebat bagi memudahkan anda mendapat pekerjaan yang anda idamkan, atau jika anda seorang perekrut pula ia membantu anda membuat pilihan untuk memilih calon terbaik dan layak untuk pekerjaan tersebut. IGLinks.io ialah ciri yang membolehkan pengguna mencipta CV mudah alih yang responsif dan tidak memerlukan kemahiran pengekodan dan boleh disiapkan dalam masa 3 minit. Cepat dan mudah kan?

Menerusi IGLinks.io, membolehkan anda mencipta CV anda atas talian, anda diberi peluang untuk menghasilkan reka bentuk sendiri dengan mempamerkan paparan utama yang cantik dan sesuai dengan personaliti diri anda sendiri, serta anda juga berpeluang melampirkan sekali hiperpautan portfolio anda sebelum ini. Bukan itu sahaja, anda juga berpeluang mempamerkan CV anda kepada sesiapa sahaja terutama pada mereka yang berjaya menjumpai profil anda, mereka hanya perlu klik pada pautan dalam dalam akaun Instagram anda.

Dalam dunia arus permodenan yang kreatif ini, perekrut tidak lagi berminat untuk melihat CV yang ditulis dalam format yang panjang lebar. Kami bukan melihat pertandingan mengarang esei di sini. Bayangkan apabila pengurus pengambilan pekerja menerima beratus-ratus permohonan kerja dalam sehari, anda fikir berapa banyak masa yang mereka ada untuk melihat CV anda? Jawapannya, perekrut hanya mengambil masa dalam beberapa saat sahaja! Oleh itu, anda perlu mempamerkan CV yang menarik dan isi yang padat bagi menarik perhatian pengurus pengambilan pekerjaan dalam beberapa saat juga! Dengan menghasilkan CV yang kreatif dan menarik dalam satu halaman sahaja boleh membuat banyak perbezaan. Di sini, IGLinks.io sedia membantu untuk merealisasikan kehendak anda untuk mencipta CV.

Menarik perhatian pengurus pengambilan pekerjaan dalam beberapa saat!

Mencipta CV yang kreatif dan menarik perhatian dalam satu halaman membuat banyak perbezaan

IGLinks.io CV Sample Image
IGLinks.io CV Sample Image 2

Apa tunggu lagi, tarik perhatian perekrut atau pengurus pengambilan pekerjaan dengan menghasilkan CV anda yang kreatif menerusi atas talian dan bukannya mempamerkan CV dengan menggunakan perkataan yang hambar. Buat sesuatu biarlah bersungguh-sungguh, jadi perekrut boleh nampak bakat dan usaha anda. Kunci utamanya hanya satu, menonjolkan diri anda daripada orang lain.

Jadi, mesti sekarang anda sudah ketahui bagaimana platform media sosial mempengaruhi dalam pencarian peluang pekerjaan anda. Jadi, apa tunggu lagi cuba IGLinks.io sekarang untuk kegunaan anda sendiri, ianya PERCUMA sahaja dan boleh bawa anda terokai permainan CV anda sendiri ke peringkat seterusnya. Atau hubungi wen@sushivid.com untuk ketahui lebih lanjut!