IGLinks.io Business Website Sample Image

6 Cara Idea Kreatif Cantikkan Profil Bisnes Website Anda Boleh Cuba!

Diterbitkan pada Jun 8, 2021

IGLinks.io bukan pautan biasa yang hanya diletakkan di profil sahaja. Anda juga boleh menggunakannya sebagai halaman pendaratan untuk menambah tapak web sedia ada dalam satu kumpulan untuk dijadikan sebagai tapak utama anda! Ianya sangat responsif, orang ramai boleh melihatnya dengan mudah pada bila-bila masa dan dimana sahaja. Semua hanya di hujung jari sahaja!

Seperti mana yang kita tahu, kreativiti tiada mengenal batas ditambah lagi dengan kemudahan penggunaan teknologi yang cukup canggih. Sama juga dengan penggunaan IGLinks.io. Sekarang, apa sahaja yang terlintas dipikiran anda, ianya boleh direalisasikan selagi anda dapat menggunakan ciri yang sedia ada disediakan khas kepada anda.

Di sini, kami telah senaraikan 6 cara kreatif untuk membolehkan anda menggunakan sistem IGLinks.io dengan beberapa reka bentuk menarik sebagai pilihan. Sekarang, tugas anda hanya perlu memasukkan link pautan sosial media anda dan lengkapkan butir penerangan dan maklumat diri anda. Siap!! Kini anda baru sahaja mencipta akaun IGLinks.io anda!


1. Halaman pelancaran produk terbaru

Dengan adanya halaman pendaratan mini yang responsif membolehkan anda memperkenalkan produk baru kepada umum, sememangnya satu kemenangan. Anda hanya perlu kongsikan pautan tersebut kepada pelanggan anda sekiranya mereka mahukan maklumat lebih lanjut berkaitan produk anda.

Dalam era yang dimonopoli dengan telefon pintar yang serba canggih, ditambah pula dengan kewujudan halaman pendaratan mini responsif mudah ali, pasti dapat meningkatkatkan lagi peratusan pembelian pelanggan terhadap produk anda. Ditambah lagi, maklumat berkenaan produk anda telah dipaparkan terus kepada mereka, sekiranya mereka mempunyai sebarang soalan atau ingin ketahui lebih lanjut, mereka hanya perlu klik pada pautan tersebut dan membolehkan mereka beralih pada laman web ataupun video penjelasan anda. Lihat contoh di sini.

IGLinks.io Business Website Sample Image

2. Tip dan Cara Penggunaan Produk

Malah, jenama turut boleh menggunakan halaman mini ini untuk berkongsi cara-cara penggunaan produk tersebut kepada pelanggan. Boleh lihat contoh jenama CasioHack yang dilampirkan di bawah.

Ia memudahkan anda untuk melampirkan durasi video pendek dengan mudah ke dalam IGLinks.io sebagai tontonan umum. Ini bermakna, bila mereka klik pada pautan tersebut, mereka akan terus menuju pada topik mereka minati. Tambahan pula, IGLinks.io turut menyediakan analitik pada akaun berbayar, membolehkan anda menjejak semula topik yang paling mendapat banyak penglibatan terhadap khalayak anda. Boleh lihat contoh di sini.

IGLinks.io Business Website Sample Image

3. Promosi dan Jualan

Menerusi IGLinks.io membolehkan anda untuk merancang promosi yang bertepatan dengan tapak jualan e-dagang yang besar. Anda turut boleh mengajak pelanggan anda ke paparan halaman pendaratan khas dengan memaparkan promosi hebat anda menerusi telefon pintar mudah alih. Bukan itu sahaja, menerusi pautan yang sama membolehkan anda untuk menambah pautan lain juga dan secara tidak langsung boleh dikongsikan di platform media sosial anda bagi memastikan semua pelanggan anda ketahui kewujudan promosi tersebut. Justeru gunalah IGLinks.io sebagai medium untuk tingkatkan promosi jualan anda. Boleh lihat promosi terkini SushiVid di sini.

IGLinks.io Business Website Sample Image

4. Halaman Acara

Ingin merancang acara akan datang dengan bajet yang rendah tapi mahu nampak lebih mesra alam? Kenapa tidak mahu cuba menggunakan IGLinks.io untuk bina poster atas talian anda. Ia berfungsi sebagai halaman pendaratan utama dimana membolehkan anda berkongsi butiran lengkap berkenaan acara yang ingin anda lakukan. Anda hanya perlu memasukkan dan melengkapkan butiran seperti tarikh acara, masa, tempat, penceramah jemputan dan lain-lain lagi. Ditambah lagi dengan ketidakpastian masa dan perubahan berlanjutan atas faktor pandemik, membolehkan anda mengemas kini semula tetamu anda dengan mudah dan cepat menerusi IGLinks.io.

Jika anda mempunyai jualan promosi sewaktu acara tersebut, anda juga boleh menyelitkannya sekali di sini dengan berkongsi beberapa butiran dan waktu jualan. Tugas anda hanya perlu menyebarkan pautan tersebut kepada pelanggan dan khalayak ramai lagi. Dengan hanya satu klik, membolehkan mereka mendapatkan semua maklumat yang berkaitan pada telefon mereka. Boleh lihat contoh dari kami di sini.

IGLinks.io Business Website Sample Image

5. Resepi

Jika anda ada kemahiran memasak dan berasa seronok untuk berkongsi resepi kepada umum, IGLinks.io merupakan kaedah terbaik untuk anda gunakan. Dimana ia boleh dilampirkan di platform sosial anda termasuklah pada pautan Instagram bahagian bio.

Ini membolehkan pengikut anda serta khalayak ramai dapat melihat resepi anda yang lebih responsif, interaktif, menarik melalui gadget mudah alih. Kami percaya, majoriti pengguna yang menggunakan telefon pintar mahupun tablet mereka untuk melihat resepi, mencari resepi atas talian untuk memasak. Jadi, kami menyediakan solusi terbaik buat anda dengan menyediakan IGLinks.io. Daripada membazir tenaga menaip dan mencari satu persatu dalam talian, ada baiknya mereka klik hanya satu pautan yang telah disediakan. Lebih jimat masa!

Boleh lihat pautan sebagai contoh.

IGLinks.io Business Website Sample Image

6. Peraduan

Anda sedang memikirkan bagaimana untuk melaksanakan strategi peraduan bagi menjana petunjuk e-mel akan datang? Mungkin anda boleh gunakan kaedah baru menggunakan IGLinks.io dan kongsi di platform sosial media anda untuk mendapatkan daya tarikan yang baharu. Anda turut boleh kongsikan dengan orang ramai berkenaan panduan, langkah-langkah bagaimana untuk menyertai pertandingan tersebut serta memberikan info lebih lanjut berkenaan halaman khas pendaratan mini ini. Ini adalah salah satu alternatif terbaru dan idea kreatif menggunakan IGLinks.io. Anda boleh rujuk contoh kami di sini.

IGLinks.io Business Website Sample Image