IGLinks.io Follow These 5 Steps For Great Influencer Marketing Campaign

Ikuti 5 Langkah Ini untuk Peroleh Kempen Pemasaran Influencer yang Hebat

Published on 3 June, 2022

Dalam tempoh 3 tahun yang lalu, kami dapat melihat pasaran dalam industri pemansaran influencer semakin berkembang pesat terutamanya di sekitar Asia Tenggara. Masa begitu pantas berlalu, pandemik sememangnya mempercepatkan pertumbuhan. Penampakan papan iklan tidak akan terkesan jika tiada lalu lintas di jalan raya. Tanpa kehadiran orang ramai, maka acara tersebut juga dianggap tidak efektif. Jadi ke mana arah pasaran yang boleh digunakan? Dalam talian.

Pemasaran dalam talian sangat luas dan pemasaran influencer ini merupakan salah satu bahagian dalamnya. Berita baiknya ialah mungkin kaedah ini dianggap sebagai durian runtuh untuk semua jenama yang ada di pasaran. Tiada trafik? Influencers dah ada. Tiada laman web? Jangan risau, anda boleh mulakan pada bila-bila masa dengan kadar segera! Tiada krediabiliti? Influencer sudah ada. Tiada juruvideo? Jangan riau, influncers boleh melakukannya. Buntu? Tidak tahu strategi pemarasan yang baik? Influencers lebih arif, mereka akan mengenali penonton mereka sendiri. Influencers boleh dikategorikan sebagai seorang pereka, juruvideo, pencerita, mungkin juga sebagai pemasar anda. Semuanya serba serbi lengkap dan padat dalam satu untuk harga yang berpatutan dan memberi masa penyelesaian yang cukup menankjubkan.

Pendek cerita, influencers ialah cara terbaik untuk menyebarkan berita tanpa memerlukan pembangunan, pereka bentuk mahupun agensi. Anda boleh mulakan dengan harga serendah RM1,000 untuk memperoleh sekurang-kurangnya 5 kandungan dalam tempoh seminggu jika anda tahu apa yang anda cuba lakukan. Persolannya, adakah anda tahu bagaimana ingin melakukan pemasaran influencer? Ramai boleh bermula dengan mudah dan menggelarkan diri mereka sebagai seorang pemasar yang berpengaruh, namun untuk melakukannya denga betul, ianya memerlukan pengalaman. Jadi, disini kami kongikan kepada anda “5 Langkah untuk Peroleh Kempen Pemasaran Influencer yang Hebat”.


1. LAKUKAN PENCARIAN DENGAN LEBIH MENDALAM KETIKA MEMBUAT CARIAN INFLUENCER

Bila melibatkan influencers, adalah tidak wajar jika mengupah sesiapa sahaja yang membalas mesej anda. Anda perlu melakukan cari gali dengan lebih mendalam lagi, dengan mengetahui lebih lanjut berkenaan maklumat khalayak influencers dan kadar penglibatan mereka menerusi platform sosial media. Maklumat khalayak influencers ini harus tersedia atas permintaan, manakala penglibatan mereka telah tersedia secara meluas. Saya sendiri tidak akan sama sekali melibatkan influencer dengan kurang daripada 200,000 pengikut dan mempunyai kadar penglibatan di bawah 2%.


2. SEDIAKAN RINGKAS UNTUK INFLUENCER

Sediakan ringkas untuk influencer. Pastikan anda mengejanya untuk mereka, jangan sama sekali menyiratkan apa yang anda tahu. Ini akan menyusahkan kelak. Boleh dikatakan setiap hari kami mengusahakan produk kami keluar masuk supaya kami tahu apa yang penting dan apa yang patut dijual, kami juga menggap orang lain juga tahu akan perkara ini. Influencers tidak akan tahu sama sekali akan produk anda seperti anda lakukan, jadi pastikan anda memerikan mereka informasi yang anda mahu mereka bincangkan dan war-warkan. Sebelum memberi informasi tersebut, dinasihatkan anda membaca terlebih dahulu, pastikan ia tidak terlalu nampak seperti iklan. Jika anda tidak mahu kandungan influencer anda kelihatan seperti iklan, boleh lihat templat ringkas yang kami gunakan di HERE.


3. MEMPUNYAI PROSES YANG JELAS

Terdapat beberapa peringkat bila bekerja dengan influencers. Antaranya;

IGLinks.io Stages For Influencing Marketing

Jika anda melihat keseluruhan prosesnya, ia mungkin kelihatan cukup mudah bila melibatkan 1 hingga 5 orang influencers, akan tetapi apabila anda mula melibatkan 20 hingga 50 orang influencers, ia sangat menggerunkan untuk dikatakan. Mengapa jadi begitu? Influencers terdiri daripada peringkat yang berbeza, besar kemungkinan sesetengah boleh menerima produk dan selebihnya mungkin sudah meminta bayaran untuk kerja yang telah disiapkan. Berdasarkan pengalaman kami sendiri, seorang tenaga kerja yang melakukan tugasan ini secara manual memerlukan kemahiran analisis yang hebat, kemahiran komunikasi, dan disamping itu kebijaksanaan dalam pemasaran tersebut. Jadi, pastikan anda melakukannya secara metodologi atau kelak akan keliru dalam jangka masa yang singkat.


4. HADAMKAN DAN PRAKTIK BERULANG KALI SAMPAI DAPAT

Kebanyakan perniagaan sanggup mengambil risiko yang tinggi dengan pergi ke agensi yang mempunyai bajet pendahuluan yang besar, seperti RM500,000 dan besar kemungkinan agensi tersebut bercadangkan untuk membelanjakannya semua sekali. Sungguhpun mereka tidak tahu sejauh mana duit anda ada, tapi anda tahu. Sentiasa bahagikan belanjaan anda pada suku atau bulan. Jadi jika keseluruhan belanjawan anda ada RM500,000, cuba bahagikan kepada 12 bulan dan racang untuk tahun tersebut secara efektif. Kaedah ini akan berkesan walaupun bajet anda ialah RM20,000 setahun dan dibahagikan kepada suku. Jangan sesekali keluarkan bajet yang terlalu tinggi dalam kempen tanpa sebarang analisis, menguji jenis khalayak, paltform, jenis kandungan, termasuk masa kandungan. Jika lebih bayak anda menguji dan melakukan eksperimen sudah semestinya lebih tepat anda akan dapat. Sebagai contoh, pada awal anda cuba dengan khalayak kelompok melayu, kemudian anda cuba pula khalayak perempuan Melayu dan seterusnya anda cuba perempuan Melayu dalam lingkungan 16-24 tahun. Jadi disini, semakin ketat kumpulan khalayak anda, semakin kuat sasaran kempen pemasaran influencer anda.


5. AISING ATAS KEK

Di US dan Eropah, beberapa syarikat besar turut mencipta pautan dalam alat bio sebagai pemula unicorn ia sama seperti IGLinks.io. Namun di Asia, tidak banyak perniagaan menggunakan pautan dalam alat bio kerana ia merupakan sebagai langkah tambahan. Ia dianggap menyusahkan melainkan anda sendiri tahu dan menyedari kepentingannya. Jadi disini ingin menjelaskan secara terperinci.


Senario 1: Pengguna lihat kandungan > Pengguna ingin mendapatkan info lebih lanjut > Buat carian di Google dan tidak berjaya dijumpai kerana anda terlalu banyak produk.
IGLinks.io Stages For Influencing Marketing

Senario 2: Pengguna lihat kandungan > Pengguna ingin mendapatkan info lebih lanjut, influencer telah letak pautan pada bio yang membolehkan mereka terus ke produk tersebut, lalu pengguna membelinya.
IGLinks.io Stages For Influencing Marketing

pages.articles.influencer-marketing-campaigns.paragraph-10


  1. Pautan pada bio (Link in Bio)
  2. IGLinks.io Link in Instagram Bio
  3. Dalam penceritaan instagram (Pautan Laman Web)
  4. IGLinks.io Link in Instagram Story

Kebanyakan jenama akan melakukan perkongsian menerusi penceritaan di Instagram kerana ia sangat mudah dan ringkas untuk dikongsikan, tetapi dalam kemajuan industri pemasaran influencer hari ini, tiada influencer yang akan menolak kerja jika anda mahu mereka menambah pautan laman web anda pada bio mereka. Ia umpama aising kek, sebiji kek tidak lengkap tanpa aising di atas permukaannya.

Jika anda ingin mendapatkan beberapa inspirasi untuk menghasilkan jenis pautan pada bio, anda boleh rujuk artikel kami di HERE.