IGLinks.io Instagram & TikTok Bio Ideas Image

30+ Idea Bio Menarik Instagram & TikTok untuk Perniagaan

Diterbitkan pada Disember 21, 2021

Bio akaun Instagram dan TikTok anda boleh memberi perubahan yang besar terutama dalam memajukan kehadiran perniagaan anda sendiri.

Bio yang hebat dapat memikat ramai sasaran anda untuk mengikuti anda sekaligus membantu mendorong trafik yang berubah menjadi petunjuk dan jualan.

Jadi saya cadangkan anda luangkan sedikit masa untuk menghasilkan bio yang menarik di Instagram dan TikTok anda sendiri.

Artikel kali ini, saya akan kongsikan beberapa idea bernas bagi membantu anda menyelesaikannya dengan mudah!


Apa itu Bio Instagram?

Mungkin anda sudah ketahui biograpfi Instagram adalah yang terletak pada bahagian bawa nama pengguna anda. Tempat anda biasa meletakkan butiran jenama anda sendiri.

Waktu artikel ini dikarang, Instagram hanya membenarkan anda menaip sehingga 150 patah perkataan pada bahagian bio.

Anda boleh menyertakan penerangan ringkas dalam bentuk “teks” tentang perniagaan anda, dimana lokasinya, boleh menambah emoji, hashtag, serta pautan ke akaun Instagram anda yang lain, itulah dia perihal bio Instagram.


Perkara yang perlu anda ambil tahu tentang ciri-ciri bio Instagram:

  • Hendaklah ditulis dalam 150 patah perkataan atau kurang dari itu.
  • Ciri-ciri bio Instagram termasuklah teks, nombor, tanda baca dan emoji.
  • Sungguhpun penggunaan emoji lebih popular dan nampak hebat pada bio Instagram anda, hakikanya ia mengambil lebih banyak makan ruang berbanding teks. Kebanyakan emoji adalah bersamaan dengan 2 aksara, ada setengahnya lagi mengambil sehingga 3 aksara. Jadi baiknya anda kurangkan penggunaan emoji.

TIP: Dengan menggunakan pautan yang terdapat dalam ciri bio seperti IGLinks.io membolehkan anda menambah teks tambahan yang tidak akan dimuatkan dalam bio Instagram pada halaman bio pautan anda.


Apa itu Bio Tiktok?

Ia sama seperti bio Instagram, tapi bio TikTok terletak pada bahagian bawah pautan “Follow TikTok” disitulah tempat anda meletakkan info jenama anda.

Sama juga seperti Instagram, TikTok hanya membolehkan anda menulis bio tidak melebihi 80 aksara. Sungguhpun tidak dapat mengarang panjang-panjang, anda masih boleh mencipta bio TikTok yang hebat, walaupun dengan had aksara yang terhad!


What makes the perfect Instagram & Tiktok Bio?


Bagaimana Ingin Menjadikan Bio Instagram & TikTok Tampak Sempurna?

Bio Instagram yang sempurna untuk kelompok Influencer produk kecantikan mungkin bukan bio yang sesuai untuk jurulatih kecergasan. Konsep dia sama juga dengan kes pada bio TikTok.

Hakikatnya, bio yang jelas kelihatan “sempurna” adalah bio yang sesuai dengan jenama ataupun perniagaan anda sendiri. Hakikat, TIADA istilah bio yang sempurna. Ada baiknya kita mengupas tentang bio yang betul yang lebih ideal untuk bio pada Instagram dan juga TikTok anda sendiri.

Keupayaan anda untuk menukar status bakal pengikut dan peminat kepada pengikut sebenar, manakala trafik atau jualan pula bergantung pada sejauh mana bio Instagram dan TikTok anda sebenarnya.


Mengikut pengalaman saya sendiri, bio Instagram atau TikTok yang bagus harus mempunyai 6 ciri ini:

1. Nama Perniagaan Anda

Kebanyak orang melakukan kesilapan dengan menggunakan nama “popular” mereka dalam Instagram dan TIkTok, bukannya menggunakan nama perniagaan mereka ataupun nama jenama mereka sendiri.

Ianya terpulang kepada anda sendiri samada mahu menggunakan nama jenama/perniagaan anda, atau nama anda, sekiranya anda sudah ada jenama sendiri!

Apabila bukan pengikut atau potensi bakal pelanggan anda mencari identiti anda menerusi Instagram ataupun TikTok, sudah semestinya anda mengimpikan nama anda muncul yang pertama sekali. Dengan tidak menggunakan nama perniagaan anda, anda akhirnya membuat mereka semakin keliru, dan boleh mendorong kerugian terhadap perniagaan anda sendiri.


2.Gambar Profil atau Logo Jenama Anda

Ia sama seperti nama perniagaan anda, jadi saya mengesyorkan anda menggunakan gambar profil atau logo anda sendiri dalam profil Instagram dan juga TikTok.

Kita semua pernah membuat kesilapan dengan menggunakan imej haiwan kesayangan kita, benda yang kita rasa comel kita terus auto jadikan profil. Hakikat, benda yang kita rasa tak penting itulah khalayak ramai nak lihat dan baca, sebelum mereka mengambil keputusan untuk teruskan pembelian.

Tetapi anda ingin bercita-cita mahukan pengikut dan peminat anda dapat mengingati perniagaan anda dengan mudah. Jadi, salah satu cara terbaik bagi menerima kebiasaan ini adalah dengan cara menggunakan logo jenama anda atau gambar sebenar anda. Bayangkan kalau anda letak profil gambar kartun, kemungkinan besar pelanggan tersebut yang berminat nak membeli jadi was-was untuk membeli oleh kerana tidak yakin dengan pemilik sebenar akaun perniagaan tersebut.


3.Penerangan Ringkas Tentang Jenama Anda

Salah satu cara terbaik untuk mengoptimumkan bio Instagram dan TikTok adalah ialah dengan memaklumkan kepada pengikut anda siapakah anda dan apa perkara yang anda lakukan.

Semasa anda menulis huraian, anda harus fokus pada butiran paling penting. Apa yang anda inginkan sampaikan kepada mereka, tidak mengapa kalau menggunakan sedikit perkataan tetapi masih sangat jelas apa yang ingin disampaikan-ringkas!

Jika anda seorang YouTuber vlog kecantikan, anda boleh katakan, “Vlogger Kecantikan” atau boleh sahaja mengungkap “Saya menghasilkan video kecantikan dan solekan”. Profil berikut ialah contoh bio Instagram dan TikTok yang baik.

Instagram Bio Sample 1
Instagram Bio Sample 2
Instagram Bio Sample 3
TikTok Bio Sample

4. Butiran untuk Menghubungi Anda

Jika diikutkan menambah butiran perhubungan adalah mudah, namun jangan terkejut bilamana banyak peniaga online yang terlupa untuk menambah butiran ini pada bio Instagram mereka sendiri.

Ingat, e-mel ialah satu butiran perantaraan yang paling banyak digunakan. Tetapi ia bukan satu-satunya cara untuk berhubung. Sebenarnya, DM Instagram dan TikTok anda juga boleh digunakan sebagai butiran perhubungan. Pelanggan akan menghubungi anda melalui cara ini, terutama sekali jika anda menambah CTA yang tepat dan pautan butang yang betul. Nak tahu CTA tu apa? Teruskan membaca!


5. Masukkan Call-to-Action (CTA) yang Menarik dan Pautan ke Promosi Anda

Anda tidaklah sama seperti Instagrammer atau TikTokers yang mempunyai berjuta-juta pengikut, namun anda berada di platform ini oleh kerana ingin memasarkan perniagaan anda sendiri.

Salah satu kaedah paling berkesan untuk mendapatkan perhatian dan jualan daripada platform ini adalah dengan memasukkan CTA yang menarik dalam kapsyen anda.

CTA bertindak untuk memaklumkan kepada pengikut dan peminat anda perkara yang perlu dilakukan seterusnya. Ia boleh semudah mengarahkan mereka ke saluran YouTube anda, blog termasuklah halaman IGLinks.io anda!


6. Sertakan Pautan di Bio Anda

Memandangkan anda telah melengkapkan butiran peribadi berkenaan perniagaan anda pada bio Instagram atau TikTok, itu tidak bermakna sudah lengkap. Langkah seterusnya, anda perlu menambah pautan di bio anda juga.

Kedua-dua platform ini hanya membenarkan meletakkan satu pautan sahaja pada bahagian bio. Boleh dikatakan ia merupakan salah satu cara yang paling berkesan untuk dapatkan trafik ke perniagaan anda sendiri.

Antara pautan yang anda boleh tambahkan disini termasuklah pautan ke blog anda sendiri, YouTube, eBook Percuma, senarai email dan banyak lagi.

Jika anda ingin mempromosikan lebih daripada satu pautan pada bio Instagram ataupun TikTok anda sendiri. Contohnya, anda merupakan seorang YouTuber Kecantikan dan anda juga memiliki kedai dalam talian dimana anda menjual peralatan solekan.

Jadi, saya cadangkan anda guna sahaja pautan bio, seperti IGLinks.io. Ini adalah salah satu cara berkesan bagi memanfaatkan pautan bio Instagram dan juga TikTok anda sepenuhnya.


Apa itu IGLinks.io dan Bagaimana Ia bekerja?

IGLinks.io merupakan salah satu cara yang membolehkan anda untuk berkongsi lebih daripada satu pautan pada bio Instagram dan juga TikTok. Ia menawarkan halaman pendaratan yang mudah dibuat dimana anda boleh menambah pelbagai pautan bagi mempromosikan Instagram dan juga TikTok anda sendiri.

Bukan itu sahaja, dengan menggunakan IGLinks.io, anda boleh menjual secara terus menerusi pautan profil anda sendiri! Ia tersedia dalam 2 bentuk pelan iaitu secara PERCUMA dan juga berbayar. Pelan percuma, membolehkan anda buat satu pautan profil/halaman pendaratan dimana ia membolehkan anda menambah pautan tanpa had!


Antara ciri menarik IGLinks.io termasuklah:

  • Membolehkan anda menambah gambar, butang dan juga mencipta kategori.
  • Pelbagai pilihan reka bentuk boleh dipilih sebagai latar belakang halaman pendaratan/profil anda!
  • Senang melakukan pengubahsuaian menggunakan telefon bimbit- tiada sebarang pengekodan diperlukan!
  • Pakej yang ditawarkan sesuai untuk golongan individu, perniagaan dan perusahaan.
  • Pakej perusahaan direka dengan mengambil kira siapa jenamanya.
  • Membolehkan anda untuk menjejaki trafik dan melihat pautan yang membawa banyak orang klik.

TIP: Sekarang IGLinks.io tersedia dalam Bahasa English dan juga Melayu (akan datang turut ada Bahasa Rusia dan Bahasa Cina juga)! Klik SINI untuk mendaftar akaun anda secara PERCUMA!


10 Perkara Anda Perlu Pertimbangkan Bila Mencipta Pautan Bio Instagram dan juga Bio TikTok Anda Sendiri

1. Hanya Perlu Letak Pautan Penting Sahaja!

Instagram & TikTok Bio Ideas - Only Add Important Links

Memandangkan anda telah mencipta akaun IGLinks.io anda sendiri, dan ia membolehkan anda menambah pautan tanpa had pada halaman pendaratan, jadi adakah anda perlu merebut peluang ini dengan menambah 20 pautan? Atau 43? Atau mungkin 100?

Jangan lakukannya! Sungguhpun, anda boleh menambah banyak pautan dalam satu pautan, seelok-eloknya anda letakkan sahaja pautan yang penting. Dengan cara ini, anda dapat mengurangkan kekeliruan apabila seseorang datang ke halaman pendaratan pautan bio Instagram ataupun bio Titok anda sendiri.

Biasanya, 3 hingga 7 pautan sudah cukup baik untuk dikongsi. Ia membolehkan anda mengurangkan kekeliruan.


2. Gunakan Teks Butang Pautan bersama CTA Kreatif

Adakah akan klik pada mana-mana pautan sebaik sahaja anda mendarat di halaman pendaratan profil tersebut? Ini merupakan salah satu soalan penting yang patut anda tanya pada diri anda sendiri apabila menambah teks butang pautan.

Anda ingin memastikan teks butang pautan anda itu mendapat perhatian ramai dan ingin mewujudkan keinginan yang tidak sabar untuk diklik. Caranya cukup mudah, anda perlu menambah teks dan masukkan CTA yang berkaitan dengan apa yang ingin anda sampaikan. Dengan cara itu, pengikut anda akan tertarik untuk mengklik pautan dan mengunjungi promosi anda.

Sebagai contoh, daripada hanya menambah teks seperti "Tonton Vlog YouTube Solekan Saya", mungkin anda boleh mempertimbangkan alternatif khusus seperti, "Tonton Rutin Kening Pagi 3 Minit Saya".


3. Mengalakkan Rasa Mendesak atau FOMO

Sama seperti CTA, rasa takut terlepas (FOMO) ialah cara terbaik untuk mempromosikan pautan anda kepada pengikut dan orang ramai.

Apabila ada peluang baru, FOMO mewujudkan rasa mendesak. Untuk pengetahuan anda, orang ramai sukakan peluang baik/baharu, dan mereka cukup takut terlepas peluang itu!

Contohnya, gunakan teks penerangan yang dibuat seperti, "Dapatkan Rutin Kecergasan Badan Saya dengan Diskaun 100% (Tawaran terhad buat 100 Orang Pertama)". Kaedah ini tidak boleh dilawan dan cukup menarik perhatian ramai!

Instagram & TikTok Bio Ideas Sample - Promote FOMO

4. Letak Pautan Penting Pada Bahagian Atas

Sungguhpun bahagian ini tidak perlu difikirkan sangat, tapi ia sedikit sebanyak memberi impak. Jadi, perlu ambil tahu juga sebab ia sangat penting. Ini salah satu punca kenapa perniagaan kehilangan trafik dengan mudah bagi memperoleh petunjuk dan jualan yang layak.

Ingat, rata-rata pengikut anda akan klik pada pautan halaman pertama yang tertera pada halaman pendaratan. Setengah orang lagi akan klik pada pautan ketiga, dan itupun hanya beberapa orang sahaja akan klik pautan tersebut!

Justeru, anda perlu letakkan pautan yang penting sahaja pada bahagian paling atas. Sekiranya anda seorang Vlogger, anda boleh letak pautan akaun YouTube anda pada bahagian paling atas.


5. Sertakan E-mel Opt-In dalam Senarai Anda

Adakah penggunaan e-mel dah terkubur? Tidak sama sekali, e-mel merupakan salah satu kaedah yang paling berkesan dalam strategi pemasaran. Jadi, saya syorkan anda masukkan sekali opt-in yang mudah pada halaman utama IGLinks.io.

Anda tidak perlu menjadi seorang bijak untuk melakukan perkara ini. Apa yang anda perlukan letakkan pautan pada surat berita terkini ataupun anda juga boleh kongsikan promosi yang akan berlangsung akan datang.


6. Jangan Lumpa Sertakan Gambar Anda atau Logo Jenama

Ia sama seperti profil bio Instagram dan juga TikTok, anda dinasihatkan untuk muat naik gambar anda ataupun logo jenama anda sendiri pada halaman utama. Saya tahu kemungkinan besar gambar profil tersebut boleh menggoda ramai orang!


7. Hanya Pautkan Platform Media Sosial Anda yang Paling Penting Sahaja

Boleh dikatakan, hampir semua kaedah pautan bio membolehkan anda memaut ke platform sosial media anda. Tapi anda perlu mengelakkan keinginan untuk menambah semua platform sosial media pada halaman pendaratan.

Jika anda merupakan seorang Instagrammer dengan kumpulan Facebook “Peminat sahaja” dan saluran YouTube disertakan sekali pautan Twitter anda, Linkedln dan lain-lain hanya akan menghantar ke pautan yang salah.

Justeru anda perlu tanya pada diri anda terlebih dahulu, “dari platform mana satu yang membolehkan saya memperoleh ROI atau klik serta jualan terbanyak?” Sebaik sahaja anda dapat mengenal pasti platform mana yang terbaik, anda boleh mula pautkan padanya. Biasanya, ia akan menjadi satu hinggi tiga platform media sosial.


8. Jika Perlu, Tambah Butiran Penerangan pada Jenama Anda

Saya tekankan disini jika perlu oleh kerana anda sudah mempunyai penerangan tentang jenama anda pada bio Instagram atau TikTok anda. Jadi, hanya perlu tambah satu lagi info, jika anda fikir info tersebut berguna kepada semua.

Mungkin, anda boleh mempertimbangkan untuk menambah slogan jenama anda sendiri. Terutama sekali jika anda merupakan seorang ahli perniagaan yang mapan dan pengaruh terkenal!

Tapi jika anda baru berjinak-jinak dalam industri perniagaan, anda perlu letak butiran penerangan berkenaan perniagaan anda. Hal ini bagi, “mengingatkan” pengikut dan orang ramai ketahui perniagaan apa yang anda jalankan dan jenama apa yang anda keluarkan.


9. Senaraikan Minat Anda, Jika Perlu

Jangan lupa sertakan sekali minat anda, kerana orang tertarik untuk ketahui jika anda merupakan seorang influencer ataupun melakukan penjenamaan sendiri. Ini merupakan cara terbaik untuk menyasarkan pengikut yang berkongsi minat yang sama.

Antara minat yang cukup popular pada era budaya pop ini adalah seperti mendaki, memasak makanan tradisional, menari, dan lain-lain lagi.


10. Jangan Lupa Tambah Butang Pautan “Kembali ke Instagram/TikTok Saya”

Jangan lupa, sertakan sekali butang pautan ke “Kembali ke Instagram/ TikTok Saya”. Nak tahu kenapa perlu letak? Teruskan pembacaan anda!

Adakala, ada setengah bakal pengikut anda hanya mengintai profil anda terlebih dahulu dan dengan adanya penambahan butang ini memberi mereka ruang untuk “apa yang harus dilakukan selepas itu” selepas mereka selesai melewati profil anda.

Biasanya, butang pautan “apa yang harus dilakukan selepas itu” akan kembali pada halaman utama mereka datang. Itulah dia Instagram atau TikTok jika anda mahukan mereka kembali pada profil anda.

Dengan melakukan kaedah ini, kemungkinan besar mereka akan mengikuti anda jika mereka tertarik dengan halaman pendaratan anda- Anda pasti tidak tahu!


Instagram & TikTok Bio Ideas For Great First Impressions


7 Idea Bio Instagram & TikTok untuk Peroleh Pandangan Pertama yang Hebat

Lakukan impak pertama yang kukuh adalah salah satu cara untuk membuktikan pengikut menjadi petunjuk dan jualan.

Jadi, jika anda ingin mencipta impak pertama yang baik pada bio Instagram atau TikTok, anda perlu melakukan idea dibawah secara konsisten.

  • Gunakan emoji, TAPI jangan terlalu berlebihan. Satu hingga tiga emoji sudah memadai. Katakan jika anda selalu melancong menaiki kapal terbang, kenapa tidak menggunakan emoji kapal terbang? Sama juga jikan anda minat menari, menyanyi, makan dan lain-lain anda boleh gantikan kapsyen tersebut dengan emoji.
  • Gunakan tulisan yang sesuai dan mudah dibaca kerana ada setengah tulisan sukar dibaca bilamana ia merentas peranti mudah alih yang berbeza termasuklah telefon pintar Android ataupun iPhones. Anda juga boleh menggunakan aplikasi PERCUMA untuk mendapatkan “Tulisan yang Sesuai untuk Instagram” bagi memperoleh tulisan yang unik pada paparan bio anda.
  • Cuba gunakan simbol, jika perkataan yang anda ingin gunakan kurang sesuai. Contohnya, jika anda banyak mengembara dan bermastautin banyak negara yang berbeza, anda boleh menggunakan simbol bendera untuk negara tersebut berbanding ungkapkannya dalam teks.
  • Sertakan baris pemisah sekali. Tiada siapa pun yang cenderung membaca blok teks. Cara terbaik untuk masukkan baris pemisah adalah dengan menggunakan simbol atau noktah di antara baris teks.
  • Jangan lupa sertakan sekali petikan yang sesuai untuk mengenal pasti jenama anda sendiri. Sertakan petikan tersebut bila perlu sahaja, bagi mengelakkan daripada berlaku kekeliruan pada bahagian bio.
  • Gunakan hashtags, terutama apabila anda ingin mencuba untuk mengembangkan pengikut anda dalam kelompok niche seperti #pinkbedroomdecor , #bicycleadventures atau #allblackoutfitideas.
  • Jangan lupa tag profil sosial media yang lain juga. Jika anda cenderung untuk melakukan jenama peribadi dan ada profil lain untuk kedai anda, anda boleh menambahkannya pada bahagian bio. Ini cara terbaik untuk mendorong trafik secara tidak langsung.

3 Cara Mengoptimumkan Bio Instagram & TikTok Anda Secara Kreatif untuk Memperoleh Lebih Banyak Pengikut

Boleh dikatakan dua pertiga daripada lawatan profil perniagaan Instagram datang dari pengguna yang belum menjadi pengikut. Dan statistik yang sama mungkin boleh jadi untuk lawatan profil perniagaan di TikTok.

Senang cerita, pengunjung baharu boleh dikategorikan sebagai potensi bakal menjadi pengikut. Tetapi rata-rata mereka hanya akan mengikuti jika bio dan profil anda meyakinkan mereka untuk terus ke butang ikut.

Kebanyakan kes berlaku, bukan pengikut akhirnya mengambil keputusan tidak mengikuti perniagaan anda jika profil tersebut tidak menarik, tidak lengkap atau tidak jelas pada pandangan mereka. Jadi disini kami sertakan beberapa tips bagi membantu anda menarik perhatian mereka semula supaya ikuti perniagaan anda:


1. Mempunyai Bio yang Lengkap:

Seperti yang ditekankan sebelum ini, anda harus memastikan bahawa bio Instagram & TikTok mempunyai identiti perniagaan anda sendiri. Bagaimana caranya? Caranya cukup mudah, anda hanya perlu memberitahu pelawat, siapakah diri anda sebenar dan apa kandungan yang mereka harapkan daripada anda sendiri.

Ingat, anda tidak perlu guna ayat yang terlalu panjang. Jelaskan secara ringkas dan mudah difahami, dengan cara memberitahu mereka mengapa mereka harus mengikuti anda!


2. Cipta Minat

Dengan menyatakan “Ubahsuai Dekorasi Luar & Dalam Rumah” pada bahagian bio sudah menjelaskan pada pengikut anda di Instagram atau TikTok apa yang mereka harapkan daripada anda. Tapi ia tidak menimbulkan minat untuk mengikuti anda.

Melainkan, gunakan sedikit kreativiti yang ada bagi menampakkan kandungan tersebut lebih menarik. Sebagai contoh, katakan, “Saya berkongsi rupa BTS berkenaan ubah suai rumah saya dalam cerita kali ini. Sertai saya sekarang untuk ketahui lebih lanjut!”

Dengan cara ini, mereka boleh memberi alasan untuk mengikuti anda, terutamanya jika mereka ingin ubah suai rumah.


3. Guna FOMO

Kadangkala, ada juga setengah bukan pengikut akhirnya mengambil keputusan untuk mengikuti anda untuk melihat perkembangan atau aktiviti yang anda ingin lakukan dalam masa terdekat.

Malah, ada segelintir daripada mereka tidak akan berhenti untuk mengikuti selepas mereka “mengambil” kandungan tersebut. Terutama sekali, jika mereka amat menyukai dan anda terus mengemaskini akaun anda dengan kandungan baharu lebih menarik dan lebih kerap lagi!!

Jadi, saya cadangkan gunakan rasa takut terlepas dari semasa ke semasa. Terutama sekali bila anda ingin melepaskan sesuatu kandungan baharu, tawaran yang lebih menarik ataupun produk baru dibuat.

Pada mereka yang berkata, anda harus mengelakkan “mengemis” pada pengikut jika anda menjalankan akaun perniagaan. Hakikatnya, kenyataan seperti ini TIDAK sepatutnya diletakkan pada bio anda:

  • Ikuti saya untuk saya ikuti anda semula!
  • Tolong ikuti saya, saya akan kembali ikuti anda.
  • Jangan lupa untuk ikuti saya.

Kenyataan ini biasa kita nampak terutama yang baru sahaja daftar akaun dan kenyataan ini juga memberitahu bukan pengikut anda untuk mengikuti, sebaliknya ia memperlihatkan profil anda seolah-olah tiada isi kandungan yang menarik. Pendek cerita tiada kandungan yang boleh dijadikan ikutan. Mana-mana pengguna Instagram dan juga TikTok akan berkata begitu!

TIP: Jangan ikut semua orang yang mengikuti anda!

Bio Instagram dan juga TikTok anda boleh meningkatkan kehadiran sosial pada perniagaan anda sendiri. Tak percaya? Cuba lakukan sekarang!

Lebih ramai pengikut yang terlibat dalam isi kandungan anda itu bermakna banyak klik dan traffic anda peroleh. Secara tidak langsung, ia memberi anda lebih banyak petunjuk dan jualan.

Apabila anda berjaya mengoptimumkan bio profil anda sendiri, pastikan anda tunjukkan keunikan anda tersendiri sama ada menunjukkan sesuatu hiburan pada umum yang membolehkan bukan pengikut anda bertukar menjadi pengikut anda pula.