IGLinks.io How To Organically Increase Your Follower Count As An Influencer Image

Tips Untuk Tingkat Jumlah Followers Instagram Secara Organik

Diterbitkan pada 1 Mei, 2022
Anda merupakan seorang Influencer? Jika anda merupakan seorang Influencer dan bercita-cita untuk membina nama sebagai seorang Influencer yang lebih besar dan berkualiti dalam industri pemasaran sosial media, inilah destinasi terbaik untuk anda dapatkan sesuatu! Bagi peroleh 3,000 pengikut yang pertama bukanlah sesuatu yang mudah sebagai seorang Influencer yang baru membina nama, TAPI pada mereka yang boleh capai 3,000 pengikut untuk kali pertama, TAHNIAH buat anda! Itu satu permulaan yang baik.

Jadi, apakah pencapaian yang ingin anda peroleh untuk akan datang? Sekiranya, anda bercita-cita untuk peroleh 10,000, 100,000, atau 1,000,000 pengikut jadi anda harus teruskan pembacaan ini. Kami berharap artikel kali ini sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk berkembang dan secara tidak langsung menjadi pengaruh yang lebih besar serta baik.

Apa yang dimaksudkan dengan bigger and better influencer? Bigger influencer boleh diklasifikan sebagai mempunya pengikut dan pelanggan yang ramai. Manakala, better influencer diklasifikasikan sebagai seorang yang mempunyai content dan personaliti yang baik sehingga dapat menarik lebih ramai pembaca. Kini, engagement rates menjadi keutamaan berbanding dengan jumlah pengikut yang ramai.


Bagaimana cara untuk kira engagement rate?

Engagement rate dikira berdasarkan bilangan tindak balas termasuk (likes, comments, share, clicks & reach) bilamana mereka melihat anda punya post. Justeru, kena peroleh likes, comments, saved, dan share yang banyak. Dalam erti kata lain, engagement rate digunakan bagi mengukur tahap keberkesanan anda menarik perhatian orang ramai. Lebih banyak kandungan menarik di Page anda, lebih besar potensi kandungan tersebut akan tersebar meluas kepada pengikut seterusnya.

Besar kemungkinan, profil anda juga boleh keluar di khalayak ramai yang lebih meluas lagi dan dari situ secara tidak langsung anda boleh peroleh lebih banyak pengikut yang baru!


Bagaimana Anda Praktis untuk Tingkatkan Engagement

Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan 5 tips bagaimana untuk tingkatkan engagement anda secara tidak langsung boleh tingkatkan Followers. Anda tidak perlu buat kelima-lima ini, cukup untuk praktis secara konsisten beberapa perkara dari sini dan lihat hasilnya sama ada berjaya ataupun tidak. Yang pasti hanya perlu konsisten!


Tip 1: Akhiri Kapsyen Anda dengan Soalan

Apa yang dapat kami kenalpasti bila bekerjasama dengan ramai Influencers, rata-rata mereka semua cenderung menghasilkan kapsyen berunsur soal jawab di penghujung ayat dan menyebabkan orang ramai tertarik untuk membalas posting tersebut. Sekiranya, anda ingin komited menjadi seorang Influencers, anda perlu praktik untuk hasilkan kapsyen berunsur pertanyaan yang rasional kepada pengikut anda! Sebagai contoh, sekarang saya sedang melakukan rutin penjagaan kulit wajah. Saya akan bertanya soalan kepada pengikut saya seperti “Sekarang saya sedang menggunakan krim pemulihan Clinique sebagai rutin penjagaan kulit wajah saya, namun krim ini dah nak habislah pula!! Boleh tak kongsikan, krim malam terbaik yang anda pernah guna, yang pasti nanti saya akan semak semula yang awak semua share! Dari sini, pengikut anda bersedia untuk membantu, dan mereka juga tidak sabar ingin mendengar sesuatu dari anda. Tak jadi masalah untuk bersoal jawab dengan pengikut anda! Mungkin anda juga boleh meminta pengikut anda spam emoji di ruangan komen dan pasti mereka akan melakukannya! Kalau anda rasa nak lebihkan usaha ini, anda juga boleh buat giveaway sendiri. Sebagai contoh, “Komen dan tag 3 rakan anda dan berpeluang memenangi hadiah ini!


Tip 2: Hasilkan posting carousel dari posting gambar

Sekiranya anda merupakan seorang Instagrammer, cuba praktik untuk hasilkan kandungan posting carousel berbanding dengan menyiarkan 1 posting gambar sahaja. Salah satu sebab tip ini sangat berkesan kerana orang ramai sangat berkobar-kobar ingin tahu apa yang ada pada imej berikut yang anda post dengan meleret posting ke kanan. Dengan meleret kandungan posting ke kanan sehingga habis ia turut memberi impak pada engagement anda juga. Sekiranya anda melakukan posting berunsur tajaan, cuba elakkan untuk menulis kapsyen yang terlampau hard sell sangat. Jika anda melakukan penambahan ayat dalam gambar, jangan lupa selitkan sekali penunjuk arah untuk meleret ke kanan bagi memudahkan orang ramai untuk meleret posting tersebut ataupun simpan kandungan posting anda.

Organically Increase Follower - Create carousel post instead of photo post
Rujuk pada post  sini
Tip 3: Buat Kaji Selidik Menerusi Polls

IG/FB/Youtube/Tiktok stories merupakan salah satu cara terbaik untuk berhubung baik dengan komuniti anda. Senang cerita perkongsian posting menerusi stories adalah salah satu cara yang baik dimana anda boleh merakam serta menunjukkan apa yang berlaku disebalik tabir, kongsi apa yang terjadi pada diri anda sepanjang hari, dan paling penting posting yang disiarkan nampak lebih santai. Terdapat beberapa ciri-ciri menarik di sebalik stories yang anda boleh cuba, antara bertanya soalan menerusi poll (ia merupakan MCQ dimana membolehkan berfikir untuk menjawab pertanyaan anda), ataupun anda juga boleh mencuba hasilkan satu soalan percubaan menerusi stories anda. Sebagai contoh, saya bagi kejutan pada teman lelaki saya hari ini. Jadi saya cuba bertanya kepada komuniti saya, apa yang mereka fikir anda lakukan untuk kejutan tersebut. Kongsikan beberapa jawapan daripada penonton anda sendiri, dan cuba lakukan salah satu benda menarik yang dikongsikan oleh penonton anda dan lihat sendiri bagaimana perkembangan engagement posting tersebut. Orang ramai yang aktif di sosial media lebih cenderung berinteraksi menerusi cerita yang dikongsikan kerana mereka sendiri boleh relate dengan kehidupan yang nyata.


Tip 4: Cuba pelbagaikan kandungan posting anda!

Sekiranya kandungan posting anda biasa kongsi perihal diri sendiri, cuba praktikkan untuk pelbagaikan posting tersebut dengan kandungan lain, mungkin boleh berkongsi serba sedikit tentang adik beradik, keluarga, cikgu. Ada setengah influencers tidak suka exposed perihal keluarga, mungkin anda boleh berkongsi aktiviti harian anda di hujung minggu, tips kesihatan, sekiranya kandungan anda cenderung berkongsi sesuatu yang membahagiakan sahaja, mungkin boleh juga berkongsi kisah sedih disebalik kehidupan anda. Cuba lakukan sesuatu perubahan dan cipta satu kelainan dari orang lain. Detik-detik kecil inilah sedikit sebanyak mempengaruhi orang ramai. Apabila pengikut anda melihat kandungan anda yang mereka sendiri tidak jangka, besar kemungkinan mereka juga pernah alaminya.


Tip 5: Cuba Berinteraksi dengan Komuniti Anda

Sesuatu benda menarik mengenai sosial media adalah interaksi dua hala, ia tidak sama seperti kehidupan selebriti masa lalu. Cuba praktik untuk berbalas komen dan komen posting rakan-rakan lain. Sekiranya, anda konsisten komen posting yang dikongsikan oleh pengikut anda secara tidak langsung ia memberi impak yang sangat besar, mereka merasa sungguh berbesar hati bila mana posting yang disiarkan turut mendapat perhatian dari anda sendiri. Jika ada masa lapang, anda juga boleh praktikkan untuk komen posting yang disiarkan oleh influencers lain. Dengan cara ini, sedikit sebanyak pengikut influencers yang membaca komen tersebut tertarik untuk mengunjungi profil anda. Paling penting kena buat kena rajin dan konsisten!

Saya berharap artikel ini dapat membantu dan memberi manfaat kepada anda semua. Jangan lupa tinggalkan komen di hello@iglinks.io sekiranya anda inginkan kami untuk berkongsi tip-tip lain!